Posted on

Banner dan logo baru AnnisaBiz. Yeay!

AnnisaBiz.com.my

Salam ceria.

Nampaknya sudah hampir setahun AnnisaBiz ‘hidup’ di alam maya internet ini. Syukur kerana pendapatan sampingan dapat dibina walaupun admin sibuk menguruskan anak² dan rumahtangga sepenuh masa. Senggang masa yang ada diluangkan kepada bisnes online dan blog peribadi.

Admin bercita-cita untuk memperkukuhkan lagi penjenamaan AnnisaBiz terutamanya di Malaysia terlebih dahulu. Untuk itu, beberapa langkah perlu diambil contohnya memiliki logo bisnes sendiri. Admin telah menempah dari seorang rakan designer dan inilah hasil logo AnnisaBiz yang terkini;

AnnisaBiz.com.my

Tema warna merah, hitam dan kuning dipilih, beserta ciri-ciri kewanitaan, ringkas dan mudah diingat.

Oleh kerana AnnisaBiz mempunyai laman khas di Facebook [klik: AnnisaBiz FB page], banner timeline juga turut ditempah dari seorang designer untuk menyerikan lagi laman tersebut serta menambah keyakinan pelawat/pembeli.

annisabiz timeline fb & banner

RIngkas saja tetapi diharap banner ini dapat menerjemahkan apa yang diniagakan oleh AnnisaBiz.

Terima kasih diucapkan atas sokongan anda semua. Doakan AnnisaBiz bertahan lama dan berjaya dalam bisnes online. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 7 =