Tips Dapur Kemas Tersusun

Kadangkala agak sukar untuk kita sentiasa mengekalkan kebersihan dapur. Mengemas dapur adalah antara tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak kecil dan disamping itu menjalankan pula perniagaan dari dapur. Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi.


Namun begitu, terdapat beberapa cara asas yang boleh anda lakukan untuk membantu meringankan beban kerja anda.

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.

Tip 2

Selepas memasak, anda mesti membasuh kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.

Tip 3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.



Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.

Tip 4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur. Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.

Credit to Azian Hasan ——————————- 

Ingin ruang dapur dan rumah anda berbau segar sentiasa?

 Bersihkan ruang dapur, ruang tamu, bilik tidur dengan menggunakan Sutra Multipurpose Spray. Bersihkan kaunter dapur, cermin tingkap, permukaan meja dengan Sutra Multipurpose Spray. Untuk mendapatkan kesegaran dan wangian yang pantas, semburkan sahaja Sutra Multipurpose Spray. Bauan Sutra Multipurpose Spray Pandan dan Citrus Berry juga mampu untuk menghalau serangga/haiwan perosak seperti lipas, semut, lalat dan tikus jika diamalkan selalu. 

  Untuk kekal lama bau harum, wangi gunalah Sutra Blended Oil. Di waktu pagi boleh guna Sutra Energizing Blended Oil. Petang dan malam boleh guna Sutra Sensual Blended Oil / Sutra Romance Blended Oil  kerana baunya yang lembut bagus untuk hilangkan letih seharian bekerja. 

 Anda boleh letakkan Sutra Blended Oil ini di potpouri atau titikkan beberapa titik dalam air yang diletak dalam mangkuk oil burner atau boleh juga diletak campuran air dan Sutra Blended Oil ini dalam diffuser. Anda pasti dapat rasa tenang dan segar sentiasa bila ada bauan aromaterapi memenuhi ruang rumah anda. 

82911m l - Tips Dapur Kemas Tersusun