Posted on

SUTRA di KOSMO – Peluang bisnes SUTRA

sutra kosmo

Peluang Bisnes SUTRA | Nama SUTRA kini sudah tidak begitu asing lagi hasil usaha penat lelah pengasasnya, Encik Khairil Md. Said yang tidak mengenal erti putus asa dalam kamus hidup beliau.

Setelah berjaya tampil dalam Majalah 3 Februari ’15 yang lalu, SUTRA tampil pula dalam artikel akhbar KOSMO pada 23 Mei ’15 yang lalu.

sutra kosmo

Sedikit sebanyak rentetan artikel KOSMO;

Bercerita mengenai pengalaman yang mengecewakan, dia pernah mengalami situasi tiada duit selama enam bulan dan modal yang ada hanya cukup untuk membayar kos pekerja serta pengeluaran produk.

Bukan itu sahaja, dia juga gagal melunaskan sewa bulanan dan duit potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, situasi pada tahun 2008 hingga 2010 begitu teruk dan dugaan datang silih berganti sehingga menjejaskan kewangan syarikat.

Selepas mengalami fasa muram, dia bertindak lebih agresif untuk mencari penyelesaian bagi menghidupkan kembali perniagaannya selepas yakin produk tersebut mampu menambat hati ramai orang.

Dia kemudiannya giat menjalankan penyelidikan dan efisien terhadap sumber alam semula jadi serta mencari formula baharu untuk mengeluarkan produk lebih berkualiti.

Mohd. Khairil mengambil masa kira-kira dua tahun untuk kembali memulihkan perniagaan berdasarkan kepada kursus-kursus dan kajian dijalankan terhadap produk.

Pada masa sama, dia juga mengambil kira pandangan pengguna yang telah menggunakan produk tersebut bagi mengetahui apa yang perlu ditambah baik atau sebaliknya.

Dia langsung tidak melatah tatkala ada pengguna yang kurang berpuas hati kerana memahami produk-produk seperti itu ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

“Perkara itu menjadi dorongan kepada saya untuk menghasilkan produk lebih baik dan memberi kepuasan kepada pengguna.

“Alhamdulillah, selepas berhempas pulas selama dua tahun, produk keluaran saya mula membuahkan hasil sehingga permintaan meluas termasuk menerima tempahan dari Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.

Kini, produk Sutra sudah mula menembusi pasaran Mesir, Pakistan dan terbaru di Belanda. Semuanya hasil promosi yang dibuat ketika mengikuti rombongan perniagaan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ke Eropah tahun lalu.

Kesan positif

Sutra merupakan produk penjagaan dan kecantikan diri yang dikeluarkan khusus kepada semua peringkat usia serta jantina.

Produk Sutra merangkumi aromaterapi, wangian dan kesihatan.

Selain harganya yang murah bermula RM40 hingga RM120, kesemua produk tersebut dijamin halal.

Setiap bulan, permintaan produknya boleh mencecah 200,000 unit dengan purata pendapatan sebulan mencecah hampir RM1 juta.

sutra kosmo 2015
MOHD. KHAIRIL (dua dari kiri) menerangkan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (dua dari kanan) sambil diperhatikan Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ibin dan Timbalannya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah sempena Bio Borneo 2015 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya mengambil masa kira-kira lima tahun untuk mengukuhkan pasaran bermula secara kecil-kecilan sehinggalah berskala besar seperti hari ini.

“Momentum yang ditunjukkan sejak tahun 2012 cukup baik dan memberi kesan positif kepada perniagaan saya sehingga hari ini,” jelasnya.

Katanya, jatuh bangun selama lima tahun dalam dunia perniagaan banyak mematangkan dirinya untuk menjadi usahawan yang lebih baik.

Kini, Mohd. Khairil mempunyai pusat pengedaran di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor bagi memudahkan proses pengedaran, penghantaran dan jualan.

Justeru, kemudahan yang sedia ada itu membolehkannya memasang impian untuk terus melebarkan sayap perniagaan.

Pada masa sama, Mohd.Khairil turut berazam mahu menambah beberapa lagi produk bagi memastikan jenama Sutra kukuh di pasaran.

Peluang Jana Pendapatan dengan SUTRA

 

Inilah masa yang tepat bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan dengan SUTRA baik sebagai agen, pengedar mahupun stokis.

Saban hari ramai yang berminat menjadi sebahagian ahli keluarga SUTRA… anda bila lagi?

 

 

Jangan tunggu lama-lama…. Hubungi admin (SMS/WhtsApp/Telegram) : 018-402 7399 untuk konsultasi produk SUTRA dan PENDAFTARAN ATAS TALIAN.

 

ps: Boleh isi borang pendaftaran/pertanyaan berikut;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 6 =