sutra aromaterapi sebagai hantaran kahwin

Kenapa pilih SUTRA?

Kenapa Perlunya Sutra Essential ?

1. Boleh dijadikan hantaran perkahwinan

Mencari hadiah hantaran perkahwinan? SUTRA dapat membantu anda…

Lengkap dengan Pakej Produk yang bersesuaian.. SUTRA SENSUAL SET, SUTRA TROPICAL SCENT SET dan lain-lain dengan bauan menyegarkan yang pasti memberi kenangan manis kepada pasangan raja sehari.

 

sutra aromaterapi sebagai hantaran kahwin

 

 

2.Untuk kecantikan wanita

Kecantikan adalah asas keutamaan seorang wanita.

Kecantikan luaran pada zahirnya dapat dilihat dengan mata kasar, namun kecantikan dalaman juga penting. Kerana itu, kami berpendapat dengan bauan aromaterapi kami melalui kombinasi-kombinasi aroma menyegarkan ia pasti dapat membantu tubuh memelihara kecantikan dalaman dengan sempurna. Tidak semua orang dapat mengekalkan kecantikan luarannya tetapi kecantikan dalaman dapat dikekalkan dengan mengimbangi minda, emosi dan fikiran supaya kecantikan luaran tidak terjejas.

 

naikkan seri pengantin muslimah

3.Halal

Mencari produk aromaterapi yang halal?

Sekarang ini, tidak ramai usahawan bumiputra yang terlibat dalam bidang aromaterapi malah sehingga ke hari ini golongan muslim tercari-cari produk aromaterapi yang halal untuk digunakan. Sebab itu, peratusan golongan muslim menggunakan aromaterapi adalah sangat kurang. Justeru itu kami mengambil inisiatif memperkenalkan produk aromaterapi yang halal hasil keluaran pengusaha bumiputra iaitu Encik Khairil yang telah terlibat dalam bidang aromaterapi.

 

 

4.Aromaterapi sebagai alternatif perubatan moden

Tidak ramai yang tahu dan sedar bahawa aromaterapi itu juga dijadikan salah satu alternatif perubatan moden bagi doktor-doktor malah bomoh serta orang-perseorangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Bauan aromaterapi itu secara halus pasti memberikan ketenangan kepada si pemakai sekaligus mengimbangi hormonnya dan meredakan kesakitan yang dialaminya. Sebab itu kebanyakkan doktor menggunakan aromaterapi sekiranya tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit malah ada yang menggunakan aromaterapi beserta dengan ubat-ubatan dengan presipkri yang betul untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit itu.

 

set bersalin sutra

 

 

5.Sutra sebagai hamper atau hadiah kepada orang yang tersayang

Kami turut mempromosikan set ini sebagai hamper atau hadiah yang anda boleh berikan kepada orang kesayangan anda. Pasti dia akan lebih menghargai anda dengan alternatif anda menghadiahinya aromaterapi.

 

 

6. Set Lengkap untuk semua

Aromaterapi keluaran kami didatangi dengan set yang lengkap untuk semua. Tidak ramai pengeluar aromaterapi mengambil alternatif ini dengan mengeluarkan set-set untuk aromaterapi seperti kami. Sebab itu kami menawarkan set-set tertentu untuk golongan-golongan tertentu yang mencakupi semua golongan.

Misalnya SUTRA BEAUTY SET disarankan kepada yang inginkan kecantikan,

SUTRA SENSUAL SET disarankan kepada pasangan berkahwin yang ingin suasana romantis di kamar,

SUTRA FAMILY SET sebagai pakej lengkap untuk sebuah keluarga dan sebagainya.

 

SUTRA dan industri herba Malaysia

 

Industri herba Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan produk berasaskan herba tempatan (tropika) mempunyai ruang pasaran luas (domestik dan ekspot). Dianggarkan saiz pasaran minyak pati dunia ialah sebanyak USD 7.5 billion.

 

sutra bended oil sleep well testimonial

 

 

 

 

Pada masa ini negara kita banyak bergantung kepada pengimportan minyak pati untuk kegunaan tempatan. Nilai import minyak pati ke dalam Malaysia adalah sebanyak RM 200 juta setahun dan nilai permintaan tempatan untuk produk yang berasaskan minyak pati (kosmetik dan produk penjagaan diri) dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun.

Justeru itu, industri herba Malaysia berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi jika pengeluaran minyak pati berskala komersil dapat dibangunkan. Secara keseluruhannya kegiatan ini merangkumi aktiviti pengeluaran tanaman, pengurusan lepas tuai, pengekstraktan minyak pati, pembangunan produk berasaskan minyak pati serta perawatan bahan buangan kepada silaj dan kompos.

 

 

 

Industri herba tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak kebelakangan ini tetapi tidak seimbang. Untuk membangunkan industri herba tempatan, pembangunan menyeluruh industri tersebut perlu dilaksanakan termasuk pembangunan pasaran dan penjenamaan.

Di dalam program inkubator teknologi minyak pati MARDI, beberapa teknologi telah dibangunkan. Program ini merangkumi teknologi pengeluaran tanaman, pengeringan, penyulingan, penghasilan produk-produk berasaskan minyak pati, silaj dan kompos. Tanaman-tanaman yang telah dibangunkan terdiri daripada tiga jenis herba iaitu nilam, serai makan dan serai wangi. Teknologi penanaman telah dapat menghasilkan masing-masing sebanyak 30 tan, 40 tan dan 55 tan sehektar/tahun bagi tanaman nilam, serai makan dan serai wangi. Proses pengeringan pula telah dapat dilakukan melalui pembangunan teknologi pengeringan rumah solar yang berkapasiti pengeluaran sebanyak 750 kg/sehari.

 

Teknologi pengekstrakan minyak pati melibatkan dua proses iaitu proses penyulingan (distillation) dan penyulingan berperingkat (fractionation). Proses penyulingan menggunakan wap tekanan tinggi yang dibangunkan berupaya menghasilkan 16,000 ml minyak pati sehari. Proses penyulingan berperingkat pula dapat menghasilkan minyak pati tulen berbilang gred.

Rangkaian operasi dalam inkubator teknologi produk berasaskan minyak pati meliputi sistem pemprosesan sabun, sistem pemprosesan produk toiletri bentuk cecair dan krim kosmetik, sistem pengisian produk cecair secara automatik dan sistem pembungkusan. Teknologi pemprosesan produk melibatkan pembangunan kilang yang menepati keperluan Good Manufacturing Practice (GMP) dengan spesifikasi susun atur mesin dan tatacara penyusunan bilik bersesuaian. Teknologi pembangunan produk (formulasi) berasaskan minyak pati ini berupaya mengeluarkan sebanyak 15,700 ml bahan aromaterapi dan 3,000 ketul sabun penjagaan diri dan ’toileteries’ sehari.

Untuk melengkapkan program inkubator teknologi minyak pati, kesemua bahan buangan dari proses ini turut dirawat menjadi silaj dan kompos untuk menambahnilaikan lagi pakej teknologi ini juga menjadikannya lebih berdaya maju dan mesra alam. Teknologi penghasilan silaj melibatkan pemeraman (fermentation) bahan buangan daripada sistem penyulingan di dalam tong kedap udara yang dicampurkan bakteria IMO (Indigenous Microbial Organism). Silaj boleh digunakan sebagai sumber serat (fiber) untuk makanan ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Teknologi kompos pula melibatkan pemeraman terbuka (open fermentation) bahan buangan dari penyulingan dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti IMO, urea dan molases. Bahan kompos yang dihasilkan amat sesuai digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai tanaman.

Untuk mempercepatkan proses pengkomersilan teknologi ini MARDI telah membangunkan pusat inkubator teknologi minyak pati dan kilang perintis pemprosesan produk berasaskan minyak pati di Stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka. Pusat inkubator teknologi ini telah dibangunkan sejak 2006 dan dijangka dapat melatih inkubati pertama pada penghujung tahun 2007. Jangkamasa pembangunan usahawan sebagai inkubati dalam sistem inkubator ini ialah selama 14 – 24 bulan bagi program inkubator teknologi penyulingan dan 6-12 bulan bagi penghasilan produk berasaskan minyak pati. Melalui kaedah ini sekurang-kurangnya dua syarikat inkubati dapat dibangunkan dalam setiap pusingan.

Program inkubator teknologi minyak pati ini telah dibangunkan berasaskan kepada teknologi pakej yang telah dihasilkan juga unjuran analisis kewangan. Kilang yang dibangunkan diunjur memerlukan bekalan bahan mentah (nilam, serai wangi dan serai makan) yang perlu dihasilkan dari ladang yang sekurang-kurangnya seluas 45 hektar.

Analisis kewangan pengeluaran minyak pati dan produk berasaskan minyak pati menunjukkan pelaburan ini secara teknikalnya berkebolehan (feasible) dan berdaya maju (viable) dari segi ekonomi. Berasaskan kepada saiz operasi kilang yang menghasilkan sebanyak 16,000 ml minyak pati sehari pelaburan ini dijangka dapat memberi kadar pulangan dalaman (Internal Rate of Return) sebanyak 28%, nilai kini bersih (Net Present Value) sebanyak RM4.9 juta, nisbah keuntungan kepada perbelanjaan (Benefit Cost Ratio) sebanyak 1.3 dan tempoh bayar balik modal (Payback Period) selama 4 tahun.

Untuk perancangan masa hadapan, inkubator teknologi minyak pati MARDI di Kuala Linggi akan membangunkan minyak-minyak pati berasaskan herba-herba lain seperti limau purut, sireh, kulit kayu manis, tee-tree, bunga cengkih dan bunga-bunga haruman. Pembangunan produk minyak pati akan dipertingkatkan kepada produk-produk spa khusus dan terpilih yang mempunyai potensi pasaran tempatan dan ekspot. Pembungkusan (packaging) dan penjenamaan (branding) yang sesuai akan juga dibangunkan di masa hadapan bagi meningkatkan penguasaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Di masa hadapan, dijangkakan lebih ramai lagi usahawan dapat dibangunkan melalui sistem inkubator luar-capaian (out-reached incubator) yang boleh diwujudkan apabila teknologi ini dikembangkan ke kawasan-kawasan pertumbuhan yang lain.

Inkubator teknologi minyak pati ini merupakan pakej teknologi lengkap yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti huluan (up-stream), hiliran (down-stream) dan pemasaran (market). Program inkubator teknologi ini adalah berasaskan kepada teknologi-teknologi asli yang dibangunkan oleh MARDI. Pakej teknologi ini dijangka dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan industri herba tempatan ke tahap berdaya maju dan berdaya saing.

Teknologi minyak pati ini telah dapat dipakejkan sebagai satu entiti pelaburan yang dapat memberi pulangan yang lumayan dan disyorkan kepada pengusaha-pengusaha enterprise kecil dan sederhana (EKS). Teknologi minyak pati ini dapat memperkasakan konsep aktiviti perniagaantani dari ladang ke kilang (farm to factory).

Incoming search terms:

  • kenapa pilih butik

2 thoughts on “Kenapa pilih SUTRA?

  1. Assalam. Sangat tertarik dengan produk arometerapi yang halal produk buatan bumiputra
    sangat2 memberangsangkan dan bagus digunakan. Suasana bersih dan bauan yang segar

    jika disisikan sekali gambar2 mengenai produk2 ini lebih menarik dantertarik utk pelanggan
    melihat dan ingin mencuba.

    1. Wslm,

      thanx sis Nora…

      ye insyaAllah akan diolah dan dihias semula dgn gambar2…. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 8 =